-
SMJ 2.0 pacu agenda kemajuan Sabah tahun 2026
KOTA KINABALU: Tahun 2026 membuka lembaran baharu untuk Sabah terus melangkah ke hadapan dengan keazaman lebih kukuh serta semangat kebersamaan yang utuh, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor. Beliau berkata, Kerajaan Negeri bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang bersifat holistik, inklusif dan komprehensif bagi memastikan…
-
Penyampaian dasar, urus persepsi rakyat secara berfakta – Azrul
KOTA KINABALU: Aspek penyampaian dasar dan komunikasi awam akan terus diperkukuh bagi memastikan setiap dasar, inisiatif serta hala tuju pentadbiran Kerajaan negeri disampaikan secara jelas, tepat dan berfakta kepada rakyat. Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Azrul Ibrahim berkata, komunikasi yang berkesan amat penting bukan sahaja untuk memaklumkan rakyat mengenai pelaksanaan projek dan program kerajaan,…
-
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan bertekad memperkukuh dan mempercepat agenda pembangunan Sabah susulan pembentukan kerajaan negeri yang baharu. Menerusi hantaran dalam Facebook pada Jumaat, Anwar berkata usaha itu akan dilaksanakan melalui pelaburan strategik, ekonomi inklusif, pemerkasaan infrastruktur asas serta penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, selaras dengan potensi sebenar negeri…
-
Program berkhatan perdana terus dapat sambutan di Putatan
PUTATAN: Konsep berkhatan beramai-ramai terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan ibu bapa di daerah Putatan apabila lebih 150 kanak-kanak menyertai program berkenaan pada tahun ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, acara tahunan yang dianjurkan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu kekal menjadi pilihan ibu bapa bagi…
-
Bantuan anak yatim tidak terhad musim perayaan – Arifin
BEAUFORT : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif menegaskan komitmennya untuk terus membantu anak-anak yatim di kawasan tersebut sepanjang tahun tanpa mengira musim perayaan. Beliau berkata, usaha menyantuni golongan anak yatim bukan hanya tertumpu kepada sambutan Krismas semata-mata, sebaliknya melibatkan bantuan berterusan merangkumi pelbagai perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun…
-
Paip lama tidak mampu tampung tekanan tinggi – Joachim
KOTA KINABALU: Paip lama yang uzur dikenal pasti sebagai antara punca utama gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu, khususnya apabila tekanan air terpaksa ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pengguna. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, meskipun bekalan air mentah mencukupi, namun peningkatan tekanan pam menyebabkan banyak paip lama tidak mampu…
-
Pantau isu setempat, Shah Alfie seru penduduk jadi ‘mata dan telinga’ kerajaan
PUTATAN: Masyarakat setempat diseru agar terus berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan bagi memastikan sistem pentadbiran dapat dilaksanakan dengan lancar, telus dan berkesan di peringkat akar umbi. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya berkata peranan itu merupakan mekanisme terbaik dalam meningkatkan keberkesanan jentera kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan, selain berfungsi sebagai…
-
Masiung gesa agensi kerajaan Tongod rujuk buku ‘Suara Kuamut’ sebagai panduan Pembangunan
KUNDASANG: Ketua-ketua jabatan di daerah Tongod digesa merujuk buku Suara Kuamut – Pelan Pembangunan Daerah Tongod 2020–2030 sebagai panduan strategik dalam pelaksanaan pembangunan di kawasan berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, berkata buku tersebut merangkumi kerangka pembangunan yang disusun oleh Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dan menggariskan cadangan projek berpotensi bagi…
-
Penglibatan belia penting kekalkan warisan budaya: Hazem
SANDAKAN: Penganjuran program kebudayaan yang melibatkan penyertaan aktif golongan belia wajar diperkasakan bagi memastikan warisan budaya terus dipelihara dan tidak dilupakan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa, berkata usaha seperti penganjuran The Culture Night 2025 bukan sahaja mempromosikan kepelbagaian budaya setempat, malah mampu merancakkan sektor pelancongan serta menjana…
-
“Malaysia bukan negara unitari” – Roger Chin ingatkan kepentingan semangat MA63
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Roger Chin, menyuarakan rasa kesal terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azmi Sharom, berhubung isu pengagihan kerusi Parlimen, sambil mengingatkan bahawa pembentukan Malaysia tidak boleh dilihat semata-mata melalui kaca mata jumlah populasi. Beliau berkata, adalah membimbangkan apabila seorang pegawai kanan SPR membentuk naratif seolah-olah…