-
Wanita GRS sumbang bakul makanan kepada 30 asnaf sempena Ramadan
KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meneruskan komitmen kebajikan dengan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 30 penerima asnaf sempena Ramadan 2026 dalam satu program yang berlangsung di Dewan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) Sembulan, di sini, hari ini. Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun, yang berkata…
-
Benta Wawasan komited lonjak prestasi GLC Sabah
TAWAU: Benta Wawasan Sdn Bhd terus komited meningkatkan prestasi syarikat selaras dengan aspirasi Ketua Menteri Sabah agar semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memperkukuh pencapaian masing-masing demi menyumbang lebih besar kepada ekonomi negeri. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abd. Karim Abd. Wahid berkata, sebagai anak syarikat Yayasan Sabah, Benta Wawasan memberi keutamaan kepada tadbir urus yang baik,…
-
Akses komunikasi, perahu dan bantuan digerakkan di Paitan : James
PAITAN: Kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi memastikan penduduk di kawasan terjejas banjir di Paitan terus mendapat akses komunikasi, kemudahan pengangkutan air serta bantuan barangan keperluan asas. Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib, berkata banjir kali ini disifatkan antara yang terburuk pernah melanda kawasan Sugut, membabitkan sebanyak 87 kampung. Ahli Dewan…
-
Pendekatan proaktif perkukuh keselamatan dan kebersihan Putatan
PUTATAN : Pendekatan turun padang dan kerjasama erat antara kerajaan, agensi pelaksana serta masyarakat setempat menjadi kunci utama dalam memastikan daerah ini kekal selamat dan selesa untuk didiami. Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya berkata, sinergi menyeluruh itu mampu memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya berkaitan kebersihan dan keselamatan persekitaran. Menurutnya, hubungan…
-
Sekolah daif akan diberi keutamaan di Sabah
KOTA KINABALU : Isu sekolah daif di Sabah khususnya di luar bandar yang dilihat masih jauh ketinggalan dari segi prasarana akan diberi keutamaan bagi memastikan keselamatan murid dan guru sentiasa terjamin. Menteri Pendidikan,Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata, ini termasuklah memperjuangkan dan membangunkan sekolah-sekolah daif berskala enam dan tujuh di seluruh Sabah.…
-
Pemuda Gagasan Rakyat Sindumin bidas ketidakkonsisten Pemuda DAP Sabah
KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin menegur sikap tidak konsisten Ketua Pemuda DAP Sabah yang mempersoalkan pelantikan Datuk Dr Yusof Yacob sebagai Pengerusi Sabah Development Bank (SDB). Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sindumin Walter @ Fikrie Antahar berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Chan Loong Wei disifatkan bersifat spekulatif dan mencerminkan…
-
Sebarkan kejayaan GRS kepada rakyat, Hajiji arah
KOTA KINABALU: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) diminta membantu Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyampaikan pencapaian kerajaan kepada rakyat di kawasan masing-masing. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, banyak inisiatif dan kejayaan kerajaan telah dilaksanakan, namun kurang dihebahkan secara menyeluruh sehingga sebahagiannya tidak diketahui rakyat. Menurutnya, kelemahan dalam penyampaian maklumat…
-
Empat kerusi Parlimen Sabah kekal, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Bersatu
KOTA KINABALU: Pertikaian undang-undang selama tiga tahun yang difailkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mengosongkan empat kerusi Ahli Parlimen Sabah susulan isu lompat parti berakhir apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan parti itu untuk mendapatkan kebenaran merayu. Dalam keputusan majoriti, Hakim Nallini Pathmanathan dan Hakim Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan kebenaran merayu tersebut, manakala Ketua…
-
Gangguan injap pintu air: Armizan mohon PDRM siasat unsur khianat
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Papar yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, membuat laporan polis di Balai Polis Kinarut malam tadi susulan dapatan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) berhubung gangguan pada injap pintu air yang disyaki melibatkan unsur khianat dan sabotaj terhadap infrastruktur awam. Armizan berkata laporan itu…
-
Kerajaan negeri lonjak ekonomi kreatif belia, perkemas penyelarasan antara kementerian
TAWAU: Kerajaan negeri merancang melaksanakan program khusus bagi melonjakkan penglibatan belia dalam industri kreatif melalui pendekatan lebih tersusun, berimpak tinggi dan diselaras merentas kementerian. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata inisiatif itu akan dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan pembangunan bakat…