-
STB susun semula strategi pelancongan menjelang 2027
KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang menyusun semula pendekatan strategiknya bagi tahun hadapan dengan memberi keutamaan kepada kerjasama lebih erat bersama pemain industri. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, ia bagi memastikan pasaran kekal relevan, produk pelancongan terus berinovasi dan pertumbuhan sektor itu dapat dikekalkan secara mampan. Pengerusi STB itu berkata,…
-
Tiga isu jejas bekalan air Tawau
TAWAU: Rangkaian paip usang, penjualan lot tanpa kelulusan dan pertambahan penempatan setinggan dikenal pasti sebagai tiga isu utama yang perlu ditangani bagi memastikan masalah bekalan air di Tawau dapat diselesaikan secara menyeluruh. Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui berkata, pembinaan Empangan Cintamata dan Loji Rawatan Air Cintamata II mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran air, namun…
-
LPBS perlu diberi kuasa lebih besar pantau bekalan beras di Sabah
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan diminta untuk memberikan bidang kuasa yang lebih besar kepada Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) khususnya dalam pemantauan bekalan beras di Sabah. Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata, langkah itu penting bagi memastikan sebarang isu berkaitan bekalan beras dapat dikenal pasti dan ditangani. Beliau berkata, LPBS perlu diberi peranan lebih…
-
KBSK anjur tayangan skrin besar perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 di enam lokasi seluruh Sabah
TAWAU:Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSK) akan menganjurkan tayangan skrin besar perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 di enam lokasi seluruh Sabah bagi menyemarakkan semangat kesukanan, memperkukuh perpaduan masyarakat serta menghidupkan kemeriahan kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia. Menterinya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata program itu merupakan kemuncak Festival Komuniti Havoc 2026 yang…
-
Pemimpin akar umbi perlu menjadi ejen penyampai maklumat yang bertanggungjawab
BEAUFORT: Pemimpin akar umbi perlu terus memainkan peranan sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat bagi memastikan setiap dasar, program dan agenda pembangunan dapat disampaikan secara tepat, sekali gus memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha pembangunan negara. Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, Datuk Awang Kadin Tang, berkata pemimpin masyarakat berada di barisan hadapan kerana paling…
-
Perkahwinan awal kanak-kanak jejaskan masa depan generasi, pembangunan Sabah
MATUNGGONG: Usaha membendung perkahwinan awal kanak-kanak perlu terus diperkukuhkan kerana isu itu bukan sahaja memberi kesan kepada individu dan keluarga, malah turut menjejaskan pembangunan modal insan serta masa depan negeri. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, berkata setiap kanak-kanak berhak menikmati peluang untuk belajar, membina kemahiran dan mengembangkan potensi diri sebelum…
-
KBSK anjur Festival Komuniti Havoc sempena Piala Dunia FIFA 2026
TAWAU: Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK) Sabah akan menganjurkan Festival Komuniti Havoc: Tayangan Skrin Besar Piala Dunia FIFA 2026 sebagai platform menyemarakkan semangat kesukanan, mengukuhkan perpaduan komuniti serta membuka peluang ekonomi kepada usahawan belia. Menterinya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, program bertemakan “Sorak Bersama KBSK Raikan Piala Dunia” itu diadakan…
-
Lampu jalan berisiko di Tenom akan diselenggara berperingkat
TENOM: Lampu-lampu jalan raya di daerah ini, khususnya di lokasi berisiko, akan diselenggara secara berperingkat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terjamin. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berkata, usaha itu akan dipantau secara berterusan bagi memastikan lampu jalan milik Sabah Electricity Sdn.…
-
Autonomi imigresen Sabah hak perlembagaan, bukan alat politik: Redonah
KOTA KINABALU:Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengecam tindakan aktivis belia dan mahasiswa, Mohammad Norhamdin Nordin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan serta hantaran di media sosial yang melampaui batas kesopanan, selain mengabaikan kedudukan undang-undang berkaitan hak autonomi imigresen Sabah. Ketuanya, Datuk Redonah Bahanda berkata, kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dijadikan…
-
Kepelbagaian kekuatan Sabah, bukan alasan berpecah — Wanita GRS seru perpaduan dipertahan
KOTA KINABALU:Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyeru seluruh rakyat negeri ini supaya terus mempertahankan perpaduan, keamanan dan keharmonian yang menjadi asas kekuatan Sabah, di samping menghormati kuasa autonomi imigresen yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan serta menolak budaya fitnah dan politik kebencian. Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun, berkata Sabah dibina…