PBS mahu kerusi DUN Bandau dikembalikan pada PRN-17

KOTA MARUDU: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Bandau menuntut agar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau yang dipinjamkan oleh Presiden parti PBS kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum Negeri Ke-16 (PRN16) lalu dipulangkan kepada PBS.Ketua Pemuda PBS Bahagian Bandau, Junid Gunsalam yang juga Naib Ketua Pemuda PBS Negeri berkata, perkara tersebutContinueContinue reading “PBS mahu kerusi DUN Bandau dikembalikan pada PRN-17”

LDP mahu DBKK rapatkan kerjasama dengan semua pihak

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokrasi (LDP) mahu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk merapatkan kerjasama dengan semua pihak bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan sara hidup masyarakat.Baru-baru ini, Timbalan Presiden LDP Datuk Wong Wui Chung bersama-sama Setiausaha Agung LDP Datuk Chin Su Ying telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.HadirContinueContinue reading “LDP mahu DBKK rapatkan kerjasama dengan semua pihak”

GRS sentiasa mengajak rakyat untuk maju

APABILA sentiasa berfikiran positif dan ke hadapan, maka membuka ruang pada fikiran positif. Apabila otak dipenuhi fikiran positif dengan sendiri kemajuan hanya menunggu direalisasikan.Bukan mudah melahirkan satu visi yang sentiasa bernada positif seperti SABAH MAJU JAYA jika para pemimpin atau pemimpin yang mengapungkannya tidak berfikiran positif.Visi parti politik yang mencerminkan fikiran negatif,kerakusan, ketamakan adalah visiContinueContinue reading “GRS sentiasa mengajak rakyat untuk maju”

Program celik digital bantu anak muda kuasai ‘tentera’ maya

Beaufort : Program Celik Digital Gema Beliawanis mampu membantu anak muda khususnya jentera parti, iaitu sayap Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dalam usaha menguasai ‘tentera’ maya. Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Klias, Datuk Isnin Aliasnih berkata, program seumpama itu sangat penting yang bertujuan untuk memberi pendedahan, khusus kepada Beliawanis bagi membantu mengukuhkan parti.ContinueContinue reading “Program celik digital bantu anak muda kuasai ‘tentera’ maya”

PRN Sabah: KDM mahu jadi ‘kingmaker’, yakin menang sekurang-kurangnya tujuh kerusi

KOTA KINABALU: Di sebalik spekulasi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bakal bergabung dengan Barisan Nasional (BN) serta Warisan pada PRN Sabah, parti itu dilihat masih mengambil pendirian ‘tunggu dan lihat’.Menurut FMT pihaknya diberitahu oleh sumber parti itu bahawa pendirian ‘tunggu dan lihat’ itu diambil kerana pihaknya masih membuat penilaian kerjasama strategik selain yakin mampu menjadiContinueContinue reading “PRN Sabah: KDM mahu jadi ‘kingmaker’, yakin menang sekurang-kurangnya tujuh kerusi”

Johair dan jawatankuasa pimpinan bahagian, sayap sertai Gagasan Rakyat Klias

BEAUFORT: Naib Presiden 1 Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Johair Matlani semalam mengumumkan keluar daripada parti KDM dan menyatakan sokongan terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).Beliau mengumumkan perkara itu dalam satu majlis yang diadakan di salah sebuah hotel dekat sini yang dihadiri Ketua Bahagian GRS Beaufort, Datuk IsninContinueContinue reading “Johair dan jawatankuasa pimpinan bahagian, sayap sertai Gagasan Rakyat Klias”

Ahli Gagasan Rakyat dituntut jujur, elak timbul kekeliruan

BEAUFORT: Ahli-ahli parti perlu bersikap jujur mengenai keanggotaan mereka dalam sesebuah parti politik bagi mengelak daripada berlaku pertindihan keahlian dan juga salah faham dibantara parti komponen dalam sesebuah gabungan.Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Lumadan, Mazlan Joehari Manan berkata, isu yang berlaku boleh dielakkan sekiranya ahli itu jujur dan telus memandangkan mereka lebihContinueContinue reading “Ahli Gagasan Rakyat dituntut jujur, elak timbul kekeliruan”

Dakwaan Suhaimi terhadap Hajiji adalah rekaan semata-mata untuk tutup kelemahan kudeta yang gagal – Nizam

KOTA KINABALU: Dakwaan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir bahawa punca UMNO Sabah marah kerana Ketua Menteri Datu Seri Hajiji Noor tidak menunaikan janji dan menipu adalah tohmahan yang dibuat-buat untuk menutup kelemahan dan kegagalan kudeta yang digerakkan, kata Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.Nizam menjelaskan bahawa semasa membentangkan Ucapan DasarContinueContinue reading “Dakwaan Suhaimi terhadap Hajiji adalah rekaan semata-mata untuk tutup kelemahan kudeta yang gagal – Nizam”

Bangkit bela nasib rakyat, hak Sabah: Hajiji

KOTA KINABALU: Ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) perlu terus bangkit dalam perjuangan membela nasib rakyat negeri ini.Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengulangi komitmen untuk terus bangkit dalam perjuangan mendapatkan hak-hak Sabah seperti tertulis dalam Perlembagaan Malaysia.Beliau yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, pada masa sama, ahli parti diminta bangkit untukContinueContinue reading “Bangkit bela nasib rakyat, hak Sabah: Hajiji”

PGRS parti ‘fresh’ (segar) dan melambangkan sebuah parti Sabahan untuk rakyat Sabah

Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun melihat kehadiran barisan kempimpinan muda dan beliawanis di dalam parti merupakan golongan berpelajaran dan pelbagai kaum malah beliau mahu menunjukkan bahawa parti ini menitik berat kepada kepimpinan muda serta kualiti kepimpinan baharu.Dalam pada itu, semua pemimpin Gagasan Rakyat diminta untuk mengubah ‘mindset’ dalam melaksanakan tanggungjawab.ContinueContinue reading “PGRS parti ‘fresh’ (segar) dan melambangkan sebuah parti Sabahan untuk rakyat Sabah”

Design a site like this with WordPress.com
Get started