-
4,730 pendatang asing di Sabah dihantar pulang – Hajiji
KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah melaksanakan penghantaran pulang 4,730 pendatang haram ke negara asal mereka antara 1 Jan hingga 20 Julai tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. Beliau berkata setakat 27 Julai lepas terdapat seramai 3,839 tahanan warga asing masih berada di empat Depot Imigresen di seluruh Sabah. “Penghantaran…
-
Hari Sabah akan disambut buat julung kali pada 31 Ogos
KOTA KINABALU: Sabah julung kali akan akan menyambut Hari Sabah pada 31 Ogos ini bagi memperingati hari ia menjadi negara merdeka 60 tahun lalu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. Beliau berkata sambutan Hari Sabah akan diadakan di Tambunan pada jam 3 petang selepas sambutan Hari Kebangsaan yang dijadualkan di Kota Kinabalu pada sebelah…
-
PROGRAM GOTONG ROYONG WARISAN SEMPORNA BUKAN PENYELESAIAN MASA PANJANG – NETIZEN
SEMPORNA: Susulan kenyataan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) berkenaan isu kebersihan di Semporna, Parti Warisan (WARISAN) tampil mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan kawasan di sekitar bandar di daerah ini. Seramai kira-kira 200 ahli dan pemimpin WARISAN Semporna terlibat dalam program gotong-royong berkenaan yang dianjurkan Biro Ekonomi WARISAN Parlimen Semporna. Pengerusinya, Soh Swee Tian berkata,…
-
Pengukuhan blok Borneo bukan untuk gugat kestabilan politik – GPS
KOTA KINABALU: Pengukuhan blok Borneo menerusi kerjasama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan bertujuan untuk menggugat kestabilan politik di negara ini. Kerjasama antara GPS dan GRS adalah bagi membantu menstabilkan politik di peringkat Pusat, itu yang lebih utama. Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kestabilan politik di negara…
-
Rumah Etnik Kimaragang Bakal Dibina di KDCA – Jefrrey Kitingan
PITAS: Kita telah bersetuju supaya membantu persatuan ini untuk mendirikan sebuah bangunan kebudayaan mereka, dan juga memberi tempat tapak di KDCA sama seperti etnik-etnik yang lain. “Saya akan membawa permohonan ini dalam jawatankuasa pusat di KDCA, dan menyokong supaya ini diluluskan,” Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima…
-
RM9.7 juta naik taraf KAFA di Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 9.7 juta bagi menaik taraf dan menyelenggara bangunan-bangunan Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA) yang daif di Sabah pada tahun 2022. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berharap berharap peruntukan yang lebih besar untuk tujuan itu dapat diteruskan…
-
SEMPORNA: ADUAN PERSEKITARAN YANG KOTOR BOLEH JEJAS IMEJ PELANCONGAN NEGARA – TIONG
SEMPORNA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius setiap aduan pelancong mengenai tahap kebersihan di daerah ini yang boleh menjejaskan imej pelancongan negara. Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata teguran telah dibuat agar tindakan menangani isu berkenaan dilakukan segera, namun keadaan tersebut masih berulang sehingga kini. Beliau berkata antara isu yang menjadi kegusaran…
-
749 Pejabat Kerajaan Sabah dilengkapi internet 100mbps bagi tingkat kualiti perkhidmatan
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah sedang meneruskan usaha meningkatkan perkhidmatan Internet di semua 749 pejabatnya dengan rangkaian fiber berkelajuan 100Mbps yang dijangka selesai menjelang 2025. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata usaha melalui anak syarikat kerajaan negeri Sabah Net itu adalah penting bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan kecekapan pentadbiran berdasarkan keperluan sebenar rakyat. Beliau…
-
ISU SKUAD BOLASEPAK MSS SABAH : MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH.
KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah untuk menggunakan peruntukan sedia ada bagi menampung kos penyertaan pasukan pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023. Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Fadhlina Sidek dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. “Sekalung penghargaan dan terima…
-
Peruntukan besar, pastikan rakyat dapat pendidikan sempurna: Hajiji
KOTA KINABALU: Bagi memastikan rakyat Sabah mendapat akses pendidikan yang sempurna, kerajaan negeri memperuntukkan bajet yang besar melibatkan pelbagai program bantuan pendidikan. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, antara peruntukan itu termasuk RM12 juta untuk membantu sebanyak 1,600 sekolah di Sabah melalui program Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH). Beliau berkata, RM4 juta…