GRS belum bincang isu kerusi PRN Sabah

KOTA KINABALU: Kepemimpinan tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belum membincangkan perkara berkaitan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata tumpuan ketika ini ialah untuk melaksanakan agenda pembangunan negeri.“Perkara berkaitan kerusi DUN Sabah untuk pilihan raya negeriContinue reading "GRS belum bincang isu kerusi PRN Sabah"

Hayati makna keamanan, hindari perang dan konflik: Hajiji

SANDAKAN: Peperangan dan konflik tidak akan membawa sebarang hasil melainkan kemusnahan dalam usaha membentuk keamanan yang merentasi zaman. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pemahamanan mengenai keamanan perlu direnungi secara mendalam kerana perang serta konflik yang membawa kemusnahan tidak boleh berlaku.Beliau ketika berucap sempena Hari Peringatan Sandakan berkata, Sabah mengiktiraf keberanian tenteraContinue reading "Hayati makna keamanan, hindari perang dan konflik: Hajiji"

Gangguan bekalan air di Kota Kinabalu ekoran permintaan melebihi kapasiti – Shahelmey

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan air di Sabah terutama di utara Kota Kinabaludisebabkan kadar permintaan air terawat semasa melebihi kapasiti iaitu 221 Juta Liter Sehari (JLH) berbanding kapasiti 171 JLH, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu semalam.Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata ia menunjukan kekurangan bekalan keContinue reading "Gangguan bekalan air di Kota Kinabalu ekoran permintaan melebihi kapasiti – Shahelmey"

MUIS kutip zakat lebih RM76 juta setakat Jun tahun ini

KOTA KINABALU: Sehingga Jun tahun ini, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) memungut kutipan zakat sebanyak RM76,663,880.41 melibatkan sembilan jenis zakat.Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, agihan zakat kepada asnaf (penerima) sehingga Jun 2023 adalah sebanyak RM76,506,163.58.Katanya, daripada jumlah kutipan itu, Zakat Pendapatan berjumlah RM5,419,984.32 dan Zakat Penggajian berjumlah RM33,630,129.10, Zakat Simpanan RM4,179,495.03,Continue reading "MUIS kutip zakat lebih RM76 juta setakat Jun tahun ini"

KDNK Sabah meningkat 3.7 peratus kepada RM81.9 bilion

KOTA KINABALU: Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 3.7 peratus berbanding 1.5 peratus tahun sebelumnya dengan nilai ditambah sebanyak RM81.9 bilion.Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, pertumbuhan positif itu didorong oleh peningkatan ketara dalam sektor perkhidmatan yang menjadi penyumbang utama kepada KDNK Sabah iaitu sebanyak 49.5 peratus dengan nilaiContinue reading "KDNK Sabah meningkat 3.7 peratus kepada RM81.9 bilion"

Pelan Pembangunan Penjanaan ambil kira penambahan keperluan beban lazim – Nizam

KOTA KINABALU: Pelan Pembangunan Penjanaan (PDP) yang diluluskan kerajaan pada 12 Jun lepas mengambil kira pertumbuhan organik iaitu unjuran penambahan keperluan beban yang lazim.Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, usaha itu melibatkan peningkatan pengguna domestik dan pengguna kategori lain yang kecil di negeri ini.Katanya, pelan berkenaan turut mengambil kira keperluanContinue reading "Pelan Pembangunan Penjanaan ambil kira penambahan keperluan beban lazim – Nizam"

Air Sabah: Shafie Apdal diminta jumpa PM percepat peruntukan RM320 juta

KOTA KINABALU – Ketua Pembangkang Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diminta supaya tidak membuat tuduhan secara keterlaluan berhubung isu bekalan air di negeri ini.Mohd Shafie yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang juga turut diminta untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mempercepatkan peruntukan RM320 juta disalurkan kepada kerajaan negeri bagiContinue reading "Air Sabah: Shafie Apdal diminta jumpa PM percepat peruntukan RM320 juta"

Sabah guna dana sendiri tangani krisis air

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengambil inisiatif menggunakan dana sendiri terlebih dulu bagi melaksanakan projek khas jangka pendek menangani krisis bekalan air di negeri itu.Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata kerajaan negeri tidak menunggu sehingga menerima peruntukan RM300.25 juta yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan untuk tujuan itu bagi memulakan kerja. Katanya, lapan daripada 20 projekContinue reading "Sabah guna dana sendiri tangani krisis air"

Penerima STR di Sabah 799,782 orang, peruntukan RM696.3 juta – Hajiji

KOTA KINABALU: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Sabah melibatkan jumlah penerima seramai 799,782 orang dengan peruntukan sebanyak RM696.3 juta.Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, penerima STR tidak berdasarkan kategori mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).Menurutnya, antara sebab permohonan STR tidak diluluskan kerana ia tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti pemohonContinue reading "Penerima STR di Sabah 799,782 orang, peruntukan RM696.3 juta – Hajiji"

Sabah kutip CJN minyak sawit mentah RM6.22 bilion sejak 2018 – Julita

KOTA KINABALU: Kutipan keseluruhan Cukai Jualan Negeri (CJN) ke atas minyak sawit mentah bermula 2018 sehingga Julai tahun ini berjumlah RM6.22 billion.Pembantu Menteri Kewangan Datuk Julita Mojungki berkata, CJN ke atas minyak sawit mentah antara sumber hasil utama kepada kewangan negeri. Pada 2022, cukai berkenaan menyumbang sebanyak 22 peratus ke atas keseluruhan hasil negeri.Bagaimanapun katanya,Continue reading "Sabah kutip CJN minyak sawit mentah RM6.22 bilion sejak 2018 – Julita"

Design a site like this with WordPress.com
Get started