-
Kerajaan buat penilaian, ambil tindakan atasi isu bekalan gula untuk jangka panjang – Armizan
KOTA KINABALU: Kerajaan akan membuat penilaian dan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan gangguan lebih besar berkaitan isu bekalan gula putih bertapis di pasaran tempatan menjelang tahun depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Mohd Armizan Mohd Ali berkata, penilaian dan tindakan itu dibuat berdasarkan faktor harga munasabah selain memastikan bekalan gula stabil…
-
Penduduk tarik nafas lega, jalan rosak sudah dibaiki
Beaufort : Kesukaran yang dihadapi lebih 1,000 penduduk di dua kampung di sini akibat kerosakan jalan yang berusia lebih 30 tahun itu berakhir apabila laluan terbabit diturap semula oleh pihak syarikat konsesi. Laluan sejauh dua kilometer melibatkan laluan antara Kampung Tabuk dan Bawang Tengah sebelum ini mengalami kerosakan teruk hingga menyukarkan penduduk membawa keluar hasil…
-
Lihat pencapaian dari sudut positif, kata Wanita Gagasan Rakyat
KOTA KINABALU:Pencapaian dalam urus tadbir dan pembangunan negeri Sabah sejak pemerintahan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor wajar untuk dilihat dari sudut positif dan pencapaian yang sudah dicapai oleh negeri Sabah khasnya dari sudut pembangunan ekonomi harus dibanggakan. Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat, Annabell Perian berkata usaha urus tadbir kerajaan negeri kini dilihat berfokus…
-
Kerajaan Sabah pastikan akses pendidikan sama rata bandar, luar bandar – Hajiji
TUARAN: Kerajaan Sabah akan memastikan anak-anak negeri ini sama ada di bandar mahu pun luar bandar mendapat akses pendidikan sama rata menerusi prasarana sekolah yang kondusif dan selesa, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. Hajiji berkata ia adalah seiring dengan matlamat kerajaan negeri yang memberi keutamaan kepada pendidikan bagi melahirkan modal insan berdaya saing,…
-
Armizan mampu cari jalan kurangkan tekanan harga barang – Persatuan Penguna
KOTA KINABALU: Persatuan pengguna di Sabah yakin Datuk Armizan Mohd Ali, mampu mencari jalan bagi mengurangkan tekanan kenaikan harga barang yang meresahkan pengguna di Sabah dan Sarawak, susulan pelantikannya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani berkata kos logistik ke Sabah merupakan antara faktor utama kenaikan…
-
Penduduk luar bandar dinasihat bersabar menanti pelaksanaan projek kerajaan
RANAU: Penduduk luar bandar diminta agar bersabar dalam menanti pelaksanaan projek yang diperlukan di kawasan masing-masing. Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, memandangkan peruntukan kewangan untuk parlimen adalah terhad maka projek mendesak akan diberi keutamaan terlebih dahulu manakala projek lain akan dilaksana kemudian. “Peruntukan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan pusat sudah diagihkan mengikut keperluan…
-
Hajiji kerja diam-diam, hasilnya bukan alang-alang
NUN jauh di hutan Ulu Padas, Tenom, sejarah tercipta buat negeri Sabah hari ini apabila projek mega hidroelektrik bernilai RM4 bilion disempurnakan upacara pecah tanah pelaksanaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berlokasi di tengah belantara paru-paru bumi di Kampung Kungkular, projek berkenaan bakal menjadi simbol kemajuan dan mercu tanda baharu landskap pembangunan negeri…
-
Tiga-empat tahun lagi isu kemudahan asas diatasi
APA yang pasti kerajaan Sabah hari ini memastikan dalam tempoh 3-4 tahun daripada sekarang isu kemudahan asas akan diatasi, jikapun tidak selesai sepenuhnya. Negeri luas seperti Sabah pasti ada kawasan-kawasan diluar jangkauan akan tetapi jumlahnya tidak lah sampai mencacatkan gerak kemajuan dan pembangunan negeri. Apabila kemudahan asas seperti jalan raya, air dan elekterik tersedia sesuai…
-
Perdana Menteri tiba untuk lawatan kerja di Sabah
Kota Kinabalu : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari bermula esok. Pesawat khas Airbus-320 yang membawa rombongan beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal Dua pada jam 9.30 malam, di sini sebentar tadi. Hadir menyambut ketibaan beliau ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker…
-
Kerjasama parti komponen GRS diyakini mampu membawa kemenangan dalam pilihan raya akan datang
RANAU: Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Paginatan telah menganjurkan Program Ramah Mesra bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir yang diadakan di Dewan Serbaguna Bersatu Marakau, baru-baru ini. Program Ramah Mesra itu turut disertai Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk, Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Paginatan serta Ketua Bahagian Gagasan…