Beri perhatian sewajarnya kepada isu pembangunan di Kalabakan – Andi

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan diminta untuk memberi perhatian sewajarnya terhadap beberapa isu pembangunan di kawasan Parlimen Kalabakan.Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, ia termasuklah isu melibatkan pendidikan di kawasan berkenaan.“Besarlah harapan saya supaya kerajaan memberikan perhatian bagi menyegerakan pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalabakan yang pada ketika ini kondisinya adalahContinue reading "Beri perhatian sewajarnya kepada isu pembangunan di Kalabakan – Andi"

KPM dicadang pertimbang bina SMK Lok Kawi, atasi masalah kesesakan pelajar

Kota Kinabalu : Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula mempertimbangkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Kawi yang terletak di kawasan Parlimen berkenaan.Katanya, cadangan itu adalah bagi membantu mengatasi masalah kesesakan pelajar di sekitar Putatan.“Untuk makluman pada masa sekarang terdapat tiga buah sekolah menengah di daerah Putatan.Continue reading "KPM dicadang pertimbang bina SMK Lok Kawi, atasi masalah kesesakan pelajar"

Peruntukan tak sama rata cetus rasa ingin ‘pisah’, kata Kitingan

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menggesa sekurang-kurangnya 25% belanjawan pembangunan negara diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak.Beliau menyifatkan peruntukan belanjawan sebelum ini tidak adil, menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga Sabah sehingga mencetuskan perbincangan untuk “berpisah”.Timbalan ketua menteri Sabah itu berkata, belanjawan 2024 hanya memperuntukkan 13.76% dana pembangunan kepadaContinue reading "Peruntukan tak sama rata cetus rasa ingin ‘pisah’, kata Kitingan"

200 ahli baharu termasuk daripada Warisan sertai PBS Kundasang

KUNDASANG: Seramai 200 orang ahli baharu termasuk daripada Parti Warisan (Warisan) di sini menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Ahad.Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menerima kemasukan mereka yang diketuai oleh Kaibi Laiman pada Program Jelajah Keluarga PBS yang diadakan di Kampung Lembah Permai, di sini.Mengalu-alukan kemasukan mereka, Dr. Joachim yang juga KetuaContinue reading "200 ahli baharu termasuk daripada Warisan sertai PBS Kundasang"

Kerajaan negeri komited bangunkan Sabah secara produktif

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil inisiatif menganjurkan ‘Program Sabah Produktif’ sebagai usaha untuk membangunkan Sabah secara produktif.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Dr. Ahemad Sade berkata, program ini dilaksanakan melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah Katanya, MPC buat julung kalinya menerbitkan Laporan Produktiviti Negeri Sabah 2022 yang dilancarkan di Shangri-La Tanjung Aru, Sabah padaContinue reading "Kerajaan negeri komited bangunkan Sabah secara produktif"

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited pastikan keterjaminan bekalan makanan terjaga

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan dan Sabah sentiasa komited untuk terus bekerjasama bagi memastikan kesinambungan pembangunan sektor agro makanan berada dalam agenda ketersediaan dan keterjaminan bekalan makanan negara.Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata, pihaknya juga sentiasa berusaha untuk melaksanakan pendekatan baharu dalam menangani isu keterjaminan makanan melalui pertanian berskala besar.Katanya,Continue reading "Kerajaan Persekutuan, Sabah komited pastikan keterjaminan bekalan makanan terjaga"

Pembinaan PPR di Kinabatangan disambut baik

KINABATANGAN: Penduduk di daerah ini menyambut baik dan mengalu-alukan rancangan Kerajaan negeri untuk membina penempatan Program Perumahan Rakyat (PPR) di sini. Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag, Johainizam Haji Johari berkata, kawasan parlimen Kinabatangan sangat memerlukan PPR bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah.Katanya, keperluannya sudah lama disuarakan oleh pemimpin di kawasan itu memandangkan Kinabatangan masihContinue reading "Pembinaan PPR di Kinabatangan disambut baik"

Wanita GRS sokong had tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah dua penggal

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata Wanita GRS bersetuju dengan had tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal selepas Pilihan Raya Negeri akan datang.“Wanita GRS berpandangan bahawa dalam tiga tahun ini prestasi Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri begitu cemerlang dan meyakinkan. Pelbagai projek pembangunan telah diadakan dan sedang dirancang untukContinue reading "Wanita GRS sokong had tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah dua penggal"

Ahli Gagasan Rakyat Tenom cecah 5,000 orang

TENOM: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Melalap terus mendapat sokongan masyarakat dan kini keahliannya mencecah 5,000 orang dari pada 74 cawangan sejak bertapak enam bulan lalu di sini.Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Melalap Datuk Jamawi Jaafar berkata persefahaman Gagasan Rakyat dengan semua parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam kawasan Melalap sangat baik dan sentiasaContinue reading "Ahli Gagasan Rakyat Tenom cecah 5,000 orang"

Keputusan pelabur tarik diri projek di Pulau Balambangan rugikan rakyat dan Sabah

KOTA KINABALU: Keputusan pelabur Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu menarik diri daripada melabur dalam projek ‘kambing dan pasir silika’ di Sabah hanya akan merugikan rakyat dan negeri ini.Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Rubin Balang berkata, ini kerana kedua-dua projek yang dicadangkan itu jika direalisasikan sudah pasti akan menyediakan peluang pekerjaanContinue reading "Keputusan pelabur tarik diri projek di Pulau Balambangan rugikan rakyat dan Sabah"

Design a site like this with WordPress.com
Get started