-
Institusi Adat Anak Negeri terus diperkasa selaras agenda SMJ
TONGOD: Kerajaan Sabah terus komited memperkukuh institusi Adat Anak Negeri menerusi pembangunan infrastruktur serta penambahbaikan sistem pentadbiran adat selaras agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ). Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, usaha berkenaan dilaksanakan melalui pembinaan bangunan Mahkamah Anak Negeri di beberapa daerah termasuk Tongod, Putatan, Nabawan, Papar, Tamparuli dan Sook.…
-
Kilang simen Tongod terima kelulusan EIA, pembinaan bermula September
TONGOD: Projek pembinaan kilang klinker dan simen oleh Borneo Cement Sabah Sdn Bhd (BCS) di Kampung Kawayoi di sini menerima kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan beberapa syarat yang ditetapkan. Pengerusi Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Datuk Masiung Banah berkata, kelulusan itu diperoleh pada 10 April lalu…
-
Tawau jadi tumpuan Kejohanan Ragbi Terbuka Sabah September ini
TAWAU: Kejohanan Ragbi Terbuka Sabah 2026 dijangka menjadi platform penyatuan kelab-kelab ragbi dari seluruh negara apabila berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 26 dan 27 September ini. Presiden Tawau Panthers Rugby, Ismail Sabran berkata, kejohanan itu bakal menghimpunkan penyertaan pasukan dari Sabah, Sarawak, Labuan serta Semenanjung Malaysia sekali gus menghidupkan kembali suasana sukan ragbi di…
-
Tongod terus diberi tumpuan pembangunan : Hajiji
TONGOD: Kerajaan negeri terus memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan pedalaman menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), termasuk memastikan daerah Tongod tidak tercicir daripada arus kemajuan negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, sepanjang tahun lalu hingga pertengahan tahun ini, Tongod merekodkan perkembangan signifikan dalam pelbagai sektor termasuk infrastruktur, ekonomi, pendidikan…
-
Pemuda Gagasan Rakyat Sokong Penangguhan AKPS Demi Pertahan Hak Autonomi Sabah
KOTA KINABALU, – Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Kerajaan Negeri Sabah untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di negeri itu sehingga semua perkara berkaitan kuasa autonomi imigresen dan hak-hak istimewa Sabah diperjelaskan sepenuhnya. Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Azrul Ibrahim berkata keputusan yang dibuat…
-
Kerajaan Sabah tangguh AKPS, hak imigresen negeri tidak boleh dikompromi
KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah memutuskan untuk menangguh dasar dan pelaksanaan Agensi Kawalan Penguatkuasaan Sempadan (AKPS) di negeri ini. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penangguhan dan pelaksanaan dasar itu dilaksanakan sehingga memperolehi persetujuan bahawa tidak ada sebarang penghakisan kepada hak istimewa serta kuasa-kuasa autonomi imigresen Sabah dan Pihak Berkuasa Negeri. “Mesyuarat Jemaah Menteri…
-
KPSTI bidas dakwaan WARISAN berhubung isu sekolah daif
KOTA KINABALU: Pejabat Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) membidas kenyataan Naib Ketua Wira WARISAN Pusat yang didakwa cuba mengelirukan rakyat menerusi permainan sentimen politik berkaitan isu sekolah daif di Sabah. Menteri KPSTI, Datuk James Ratib berkata, kenyataan berkenaan bukan sahaja tidak menggambarkan keseluruhan konteks sebenar yang telah dijelaskan sebelum ini, malah berpotensi…
-
GRS rombak kepimpinan tertinggi, Masidi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melakukan rombakan kepimpinan tertinggi gabungan itu dengan melantik Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sebagai Timbalan Pengerusi GRS. Pelantikan itu dibuat susulan pengunduran Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) daripada GRS yang sebelum ini menyaksikan jawatan berkenaan disandang Presiden USNO, Tan Sri…
-
Kaamatan platform perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya Sabah
NABAWAN : Sambutan Pesta Kaamatan terus menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan, keharmonian serta memelihara warisan budaya masyarakat pelbagai kaum di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, sambutan itu bukan sekadar perayaan tradisi masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) sebaliknya mencerminkan semangat kebersamaan selain menjadi medium penyatuan…
-
Perpaduan rakyat Sabah perlu terus dipelihara – Julita
MATUNGGONG: Rakyat Sabah perlu terus menghargai dan memelihara keharmonian serta perpaduan yang dinikmati selama ini kerana tidak semua negara berbilang kaum mampu mengekalkan keadaan sedemikian. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Julita Majungki berkata, masyarakat Sabah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana rakyatnya hidup dalam suasana saling menghormati walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama.…