Kerajaan luluskan RM1.5 juta kepada persatuan wanita di Sabah

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta kepada persatuan-persatuan wanita dan badan bukan kerajaan (NGO) wanita bagi melaksanakan lebih banyak program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada pembangunan wanita di negeri ini.Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan itu juga sebagai tanda sokongan daripada kerajaan yang amat menghargai peranan dan sumbangan wanitaContinue reading "Kerajaan luluskan RM1.5 juta kepada persatuan wanita di Sabah"

Pembangunan saksama pastikan tiada kaum terpinggir

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri sentiasa memastikan pembangunan yang saksama bagi memastikan tiada kaum yang terpinggir di negeri ini, termasuk dalam aspek kebudayaan.Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini seiring dengan komitmen kerajaan yang sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan kesederhanaan terhadap segala polisi, menggalakkan setiap kumpulan etnik termasuk kaum Tionghua di Sabah menerus dan memajukanContinue reading "Pembangunan saksama pastikan tiada kaum terpinggir"

Yayasan Sabah serah sumbangan peralatan sekolah kepada 100 murid

Beaufort : Seramai 100 murid dari tiga buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan menerima sumbangan skim khas melibatkan beg sekolah dan alat tulis.Antara sekolah terlibat Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Lumadan; SK Bukau dan SK Karangan.Sumbangan yang dilaksanakan Yayasan Sabah Zon Pendalaman Selatan itu adalah  bersempena program Yayasan Sabah bersama Rakyat (YSBR) 2024 Continue reading "Yayasan Sabah serah sumbangan peralatan sekolah kepada 100 murid"

444 geran tanah diserahkan kepada penduduk di Kudat

Kudat : Kerajaan negeri menyerahkan sejumlah 444 geran tanah anak negeri kepada penduduk dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam daerah Kudat melibatkan jumlah keluasan 1,130.09 hektar.Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan geran-geran itu sempena Pelancaran Program Bakti Madani Kudat 2024 di Dataran Tomborungus di Kudat, di sini hari ini“Dengan penyerahan geran tanahContinue reading "444 geran tanah diserahkan kepada penduduk di Kudat"

Bekalan air di UMS pulih sepenuhnya, sedia tampung keperluan pelajar

Kota Kinabalu : Bekalan air di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menampung keperluan pelajar sedia ada dan pelajar baharu sesi kemasukan 2024/2025 yang dijangka akan mula mendaftar awal Oktober ini.Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, ini adalah berdasarkan rekod bacaan air harian yang dilakukan olehContinue reading "Bekalan air di UMS pulih sepenuhnya, sedia tampung keperluan pelajar"

Lebih 600 pelajar hadiri siri jelajah Destini SMJ Anak Muda Sabah

Keningau : Lebih 600 pelajar dari beberapa buah institusi pendidikan di daerah ini menghadiri siri jelajah Destini Sabah Maju Jaya (SMJ) Anak Muda Sabah.Program yang dianjurkan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah itu telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau di sini baru-baru ini. Antara institusi pendidikan yang menyertai adalahContinue reading "Lebih 600 pelajar hadiri siri jelajah Destini SMJ Anak Muda Sabah"

Contohi presiden parti, tidak banyak bercakap tapi prihatin pada rakyat

LAHAD DATU: Jentera dan ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) disaran agar mengikuti langkah Presiden parti, Datuk Seri Hajiji Noor dalam perjuangan politik.Ketua PGRS Bahagian Silam, Datuk Mizma Appehdullah berkata, perjuangan presiden yang ibarat pepatah ‘diam-diam ubi berisi’ adalah lebih baik berbanding mekanisma perjuangan yang berlandaskan provokasi atau janji manis. Mizma berkata, apa yang pentingContinue reading "Contohi presiden parti, tidak banyak bercakap tapi prihatin pada rakyat"

Sabah terus tuntut Pemberian Khas 40 peratus di bawah Perlembagaan Persekutuan

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah secara profesional dan berdedikasi melaksanakan tugas dengan sebaiknya bagi menuntut Pemberian Khas sebanyak 40 peratus di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh berkata, berdasarkan rekod, terdapat tuntutan awal secara bertulis telah dibuat pada 10 Jun 2022 yang diserahkan kepada Kementerian Kewangan MalaysiaContinue reading "Sabah terus tuntut Pemberian Khas 40 peratus di bawah Perlembagaan Persekutuan"

SukanSUKMA 2024 : Sabah hantar 1,041 atlet dan pegawai, gugurkan penyertaan Catur

Kota Kinabalu : Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah menggugurkan penyertaan pasukan Catur pada temasya SUKMA Sarawak Ogos ini berikutan masalah teknikal pendaftaran peserta oleh pihak persatuan. Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, berikutan itu, Sabah hanya akan menyertai 35 daripada jumlah keseluruhan 37 jenis sukan yang dipertandingkan.Katanya, selain Catur, Sabah jugaContinue reading "SukanSUKMA 2024 : Sabah hantar 1,041 atlet dan pegawai, gugurkan penyertaan Catur"

26 PBT di SabahUtamaRM63.3 juta diperuntukkan kepada 26 PBT di Sabah

Putatan : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM63.3 juta kepada semua 26 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah bagi tahun ini. Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu adalah untuk pelaksanaan projek BP1 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) meliputi skop projek infrastruktur, kemudahan awam, sosioekonomi dan keselamatan demi kesejahteraan penduduk setempat.“Selain itu, diContinue reading "26 PBT di SabahUtamaRM63.3 juta diperuntukkan kepada 26 PBT di Sabah"

Design a site like this with WordPress.com
Get started