Felo SMJ beri ruang golongan muda sumbang idea terus kepada Kerajaan

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) yang kini memasuki edisi ketiga berupaya memberi peluang kepada golongan muda untuk berkhidmat dan menyumbang idea secara terus kepada Kerajaan.Program inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah itu juga merupakan satu usaha bagi menyediakan ‘Future Leaders’ dan ‘Talent Pool’ kepada kepimpinan Sabah pada masa hadapan.Felo SMJContinue reading "Felo SMJ beri ruang golongan muda sumbang idea terus kepada Kerajaan"

BBP perlu dibina di Tongod, bantu percepat tindakan kecemasan

Tongod: Sebuah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di daerah ini dilihat perlu dibina bagi membantu mempercepatkan lagi tindakan sekiranya berlaku kecemasan khususnya melibatkan kebakaran dan bencana alam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, meskipun kawasan itu tidak termasuk dalam zon cadangan BBP namun perhubungan yang terlalu jauh dengan balai bomba di KinabatanganContinue reading "BBP perlu dibina di Tongod, bantu percepat tindakan kecemasan"

KBS diminta untuk terus fokus kepada pembangunan belia

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memuji Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri atas pelbagai program pembangunan belia dan sukan yang dijalankan.Katanya, KBS merupakan kementerian yang penting kerana fokusnya pada pembangunan belia dan sukan di negeri ini.“Belia adalah masa depan kita. Oleh itu, pembangunan belia amat penting,” katanya semasa lawatan kerja ke KementerianContinue reading "KBS diminta untuk terus fokus kepada pembangunan belia"

Hajiji terima kunjungan KSU baharu KDN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha (KSU) baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Selasa. Awang Alik merupakan anak jati Sabah kedua yang dilantik ke jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam. Sebelum itu beliau adalah TimbalanContinue reading "Hajiji terima kunjungan KSU baharu KDN"

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

Sandakan : Kerajaan Sabah akan sentiasa cakna terhadap pembangunan belia dan ekosistem pembangunan di negeri ini.Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan negeri telah memperuntukkan bajet yang besar khusus bagi pembangunan sukan termasuk peningkatan kemudahan sukan dan pembangunan bakat muda.“Peruntukkan ini adalah satu pelaburan jangka panjang yang akan memastikan negeri kita terus melahirkan atlet-atletContinue reading "Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia"

Hajiji berpuas hati prestasi pelaksanaan Felo SMJ

Kota Kinabalu : Seramai 30 belia menerima watikah pelantikan sebagai Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 3.0 daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis ringkas di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu di sini petang tadi.Hajiji juga menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan kerjasama Program Felo SMJ 3.0 terdiri daripada kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-Continue reading "Hajiji berpuas hati prestasi pelaksanaan Felo SMJ"

Anwar mahu pemimpin lain contohi semangat persahabatan Hajiji, Abang Johari

KOTA KINABALU: Semangat persahabatan yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg harus menjadi contoh kepada pemimpin lain di negara ini.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan diterjemahkan menerusi pendekatan bermuafakat dan semangat perpaduanContinue reading "Anwar mahu pemimpin lain contohi semangat persahabatan Hajiji, Abang Johari"

Amalkan politik sopan-santun, bersedia hadapi PRN: Gulam

PAPAR: Amalkan politik sopan-santun dan ambil iktibar daripada sejarah politik masa lalu.Itu pesanan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawang, Dato Sri Gulam Haidar Khan Bahadar, kepada ahli Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kawang ketika merasmikan serentak mesyuarat agung tahunan ketiga-tiga sayap itu, di sini pada Ahad.Katanya, sejarah politikContinue reading "Amalkan politik sopan-santun, bersedia hadapi PRN: Gulam"

Sambutan Hari Malaysia tampil semangat kekitaan

Kota Kinabalu : Sambutan Hari Malaysia 2024 yang akan berlangsung malam ini di Padang Merdeka di sini mengambil semangat kekitaan dalam keluarga besar Malaysia.Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sambutan berkenaan penting untuk diraikan bagi mengingati tarikh 16 September 1963.“Acara sambutan Hari Malaysia yang kita buat secara bergilir tuan rumahnya, tahun lalu di Kuching, tahun iniContinue reading "Sambutan Hari Malaysia tampil semangat kekitaan"

Hujan lebat, tapi orang ramai tak berganjak – Anwar

Kota Kinabalu : Semangat rakyat Sabah yang tidak berganjak sedikit pun bagi menyaksikan sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di sini malam ini amat dikagumi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau yang secara berseloroh berkata, atas dasar yang ditunjukkan rakyat Sabah itu mendorongnya untuk datang di Sabah setiap dua minggu sekali.“Semangat anak-anak Sabah ini luarContinue reading "Hujan lebat, tapi orang ramai tak berganjak – Anwar"

Design a site like this with WordPress.com
Get started