JKKK diminta mainkan peranan bantu kerajaan

TAWAU: Semua pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diminta supaya menjalankan peranan sebagai pengantara antara kerajaan dengan rakyat akar umbi di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, JKKK yang dilantik diingatkan menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mengikut senarai tugas yang ditetapkan.Katanya, semua masalah penduduk kampung perluContinueContinue reading “JKKK diminta mainkan peranan bantu kerajaan”

Perdana Menteri tiba untuk lawatan kerja di Sabah

Kota Kinabalu : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari bermula esok.Pesawat khas Airbus-320 yang membawa rombongan beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal Dua pada jam 9.30 malam, di sini sebentar tadi.Hadir menyambut ketibaan beliau ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker Dewan UndanganContinueContinue reading “Perdana Menteri tiba untuk lawatan kerja di Sabah”

KPM dicadang pertimbang bina SMK Lok Kawi, atasi masalah kesesakan pelajar

Kota Kinabalu : Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula mempertimbangkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Kawi yang terletak di kawasan Parlimen berkenaan.Katanya, cadangan itu adalah bagi membantu mengatasi masalah kesesakan pelajar di sekitar Putatan.“Untuk makluman pada masa sekarang terdapat tiga buah sekolah menengah di daerah Putatan.ContinueContinue reading “KPM dicadang pertimbang bina SMK Lok Kawi, atasi masalah kesesakan pelajar”

Peruntukan tak sama rata cetus rasa ingin ‘pisah’, kata Kitingan

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menggesa sekurang-kurangnya 25% belanjawan pembangunan negara diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak.Beliau menyifatkan peruntukan belanjawan sebelum ini tidak adil, menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga Sabah sehingga mencetuskan perbincangan untuk “berpisah”.Timbalan ketua menteri Sabah itu berkata, belanjawan 2024 hanya memperuntukkan 13.76% dana pembangunan kepadaContinueContinue reading “Peruntukan tak sama rata cetus rasa ingin ‘pisah’, kata Kitingan”

Keputusan pelabur tarik diri projek di Pulau Balambangan rugikan rakyat dan Sabah

KOTA KINABALU: Keputusan pelabur Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu menarik diri daripada melabur dalam projek ‘kambing dan pasir silika’ di Sabah hanya akan merugikan rakyat dan negeri ini.Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Rubin Balang berkata, ini kerana kedua-dua projek yang dicadangkan itu jika direalisasikan sudah pasti akan menyediakan peluang pekerjaanContinueContinue reading “Keputusan pelabur tarik diri projek di Pulau Balambangan rugikan rakyat dan Sabah”

Kerajaan pastikan harga beras di pedalaman Sabah, Sarawak tidak membebankan

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan Kerajaan negeri (Sabah dan Sarawak) mengenai langkah yang boleh diambil bagi memastikan harga beras putih import (BPI) di kawasan pedalaman tidak membebankan.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu perlu memandangkan harga di kawasan pedalaman dijangka masih tinggi walaupun kerajaan memberikan subsidi untuk menurunkan hargaContinueContinue reading “Kerajaan pastikan harga beras di pedalaman Sabah, Sarawak tidak membebankan”

‘Jangan panik, bekalan beras putih import bersubsidi mencukupi’ – Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Sabah

KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya rakyat di negeri Sabah ini dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik ketika ingin mendapatkan bekalan beras di pasar raya atau kedai-kedai runcit, kata Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Negeri Sabah, Ab Alim Multazam.Ini adalah berikutan pengumuman Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberikan subsidi sebanyak RM950 satu tan beras putih importContinueContinue reading “‘Jangan panik, bekalan beras putih import bersubsidi mencukupi’ – Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Sabah”

Isu beras, perluasan punca kuasa penguat kuasa KPDN dibawa ke NACCOL esok: Armizan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membawa isu berkaitan beras dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), esok.Pemangku Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata perkara berhubung perluasan punca kuasa pegawai penguat kuasa KPDN juga akan dibawa dalam mesyuarat itu bagi mempergiat usaha kawal selia bekalan beras.“Antara isuContinueContinue reading “Isu beras, perluasan punca kuasa penguat kuasa KPDN dibawa ke NACCOL esok: Armizan”

60 tahun Malaysia tiba masa parti Sabah, Sarawak maju seiring

PETALING JAYA: Menjengah angka 60 tahun pembentukan Malaysia, parti politik Sabah dan Sarawak dari blok kerajaan iaitu GPS, GRS dan Warisan diharap lebih jitu merealisasikan perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) demi rakyat negeri itu.Bertepatan tema Hari Malaysia 2023, “Segulai Sejalai”, yang bermaksud “berjalan seringan”, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), DickContinueContinue reading “60 tahun Malaysia tiba masa parti Sabah, Sarawak maju seiring”

SM St Patrick Membakut catat nama di MBOR kali keempat

Membakut : Sekolah Menengah (SM) St Patrick di sini sekali lagi berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book Of Record (MBOR) menerusi ‘The Biggest State Map Made Of Bottle Caps’.Kali ini, kira-kira 800 orang terdiri daripada warga sekolah, para pelajar dan bekas pelajar serta ibu bapa terlibat menghasilkan peta terbesar Sabah menggunakan 308,160 penutup botolContinueContinue reading “SM St Patrick Membakut catat nama di MBOR kali keempat”

Design a site like this with WordPress.com
Get started